Tuesday, December 9, 2008

GELANG MAGNETIK Kesihatan dan Trend




  • Pembaca yang budiman,
    Boleh dikatakan setiap bulan aku dipelawa untuk menyertai keahlian sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan iaitu gelang magnetik. Pada 2 minggu lepas, seorang rakan kepada rakan aku telah datang ke rumah aku dan menceritakan tentang gelang magnetik ini.
    Rata-rata yang menceritakan perihal gelang magnetik ini memperkatakan tentang kesihatan. Daripada kencing manis, darah tinggi, tidur yang lena, kolesterol, migrain dan pendek kata hampir semua jenis penyakit berjaya diatasi atau dikurangkan jika memakai gelang tersebut
    Untuk topik ini, saya tidak akan membicarakan tentang peluang perniagaan berkenaan syarikat2 yang menawarkannya, cuma seingat aku… semasa sekolah dulu2, ustaz aku memberitahu lelaki tidak boleh memakai barang2 emas, perhiasan yang menyerupai wanita seperti gelang, rantai dan juga subang. Topik ini adalah gantian kepada topik keagamaan yang selalu saya postkan pada setiap hari Jumaat.Setelah rakan kepada rakan aku itu selesai menceritakan tentang company, produk2 dan marketing plan… aku terus bertanya tentang sejauh mana kaum lelaki boleh memakai gelang ini. Jawapannya: ustaz2, tok haji2 ramai yang pakai katanya. Di dalam hati aku tertanya..macamana dia orang yang pakar tentang agama boleh memakai gelang ini ekk?? Apakah kerana kesihatan?? Kalau kesihatan, apakah tiada produk lain yang boleh diamalkan selain gelang atau kerana trend???
    Selepas itu, aku ada bertanya kat seorang ustaz….jawapannya lelaki haram memakai gelang hatta untuk kesihatan sekali. Ini kerana, sekarang banyak produk yang kita boleh amalkan untuk menjaga kesihatan yakni merujuk kepada kaum lelaki. Melainkan, katanya kalau doktor yang menyarankan hanya gelang itu shaja yang mampu menyembuhkan penyakitnya.
    Pada hari Ahad yang lepas, aku telah ke Hospital Taiping untuk menziarahi sepupu ku yang terlantar di wad ICU. Semasa masuk waktu zohor, aku ke surau dan terpampang satu artikel tentang gelang magnetik ini. Aku membacanya dan menemui jawapannya.
    Apa yang aku dapati daripada artikel itu adalah pemakaian gelang pada hari ini melibatkan ustaz2, pegawai2 kerajaan, menteri2 dan pelbagai lapisan masyarakat. sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
    Larangan memakai gelang walaupun untuk tujuan kesihatan telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Hadis Imran bun Hussein r.a
    Bahawa Rasulullah telah melihat pergelangan tangan orang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga. Maka baginda pun bertanyakan kepada lelaki berkenaan.
    Apakah benda ini? Lelaki itu berkata, ia adalah gelang perubatan.
    Rasulullah bersabda lagi. Sesungguhnya benda ini tidak memberi apa-apa faedah walaupun untuk tujuan perubatan. Buangkan benda itu daripada diri anda. Jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya…. Hadis Sahih yang ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad
    Menurut apa yang tertulis pada artikel itu lagi, di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali atau sebarang kes hilang,kemalangan dan sebagainya.
    Jenis2 gelang yang diharamkan bagi lelaki:
    Gelang kayu koka
    Gelang kristal
    Gelang Tasbih
    Gelang getah plastik
    Gelang besi magnet
    Gelang besi Tabung Haji (apabila berada di malaysia)
    Jenis2 gelang yang diharuskan:
    Gelang pesakit semasa berada di hospital sebagai tanda nama pesakit dan wad
    Gelang sebab pesalah dan penjenayah (ditangkap polis)
    Gelang kerana diisytiharkan sakit mental atau gila.
    Jika ingin memakai gelang, berusahalah menjadi salah satu daripada 3 golongan di atas dan jika anda inginkan lebih kepstian bolehlah bertanyakan kepada yang lebih arif. Manalah tahu apa yang saya nyatakan di sini adalah tidak benar dan untuk pengetahuan semua, artikel yang saya temui ini ditulis oleh Ustaz Zainudin Hasyim.
    Wallahua’lam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home